Sunday, August 26, 2007

FIRQAH-FIRQAH DALAM ISLAM

Dalam sejarah Islam telah tercatat adanya firqah-firqah (golongan) di lingkungan umat Islam, yang antara satu sama lain bertentangan fahamannya secara tajam yang sulit untuk diperdamaikan, apalagi untuk dipersatukan.
Hal ini sudah menjadi fakta dalam sejarah yang tidak boleh diubah lagi, dan sudah menjadi ilmu pengetahuan yang termaktub dalam kitab-kitab agama, terutama dalam kitab-kitab Usuluddin.

Barangsiapa yang membaca kitab-kitab Usuluddin akan berjumpa dengan perkataan -perkataan seperti Syiah, Khawarij, Muktazilah, Qadariah, Jabariah, Ahlussunnah wal Jamaah, Mujasimah, Bahaiah, Ahmadiah, Wahabiah dan lain-lain sebagainya.

Umat Islam khususnya yang berpengetahuan agama tidak hairan melihat dan membaca hal ini, kerana nabi Muhammad SAW sudah juga mengkhabarkan pada masa hidup baginda.

Banyak terdapat hadis-hadis yang berkaitan edngan akan adanya firqah-firqah yang berselisihan faham dalam lingkungan umat Islam.

Pertama:

Bersabda nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

" Maka bahawasanya siapa yang hidup (lama) di antaramu nescaya akan melihat perselisihan (faham) yang banyak. Ketika itu pegang teguhlah Sunnahku dan Sunnah Khalifah Ar Rasyidin yang diberi hidayah. Pegang teguhlah itu dan gigitlah dengan gerahammu."
(Hadis riwayat Imam Abu Daud dan lain-lain. Lihat Sunan Abu Daud juzuk 4, muka surat 201)

Tujuan hadis ini terang, bahawa akan ada perselisian faham dalam lingkungan umat Islam dan bahawa Nabi Muhammad SAW menyuruh umat Islam ketika itu supaya berpegang teguh dengan Sunnah nabi dan Sunnah Kalifah Ar Rasyidin ( Sayidina Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali Rda)

Kedua:

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

"Akan ada di lingkungan umatku 30 orang pembohong yang mendakwakan bahawa ia Nabi. Saya adalah Nabi penutup, tidak ada lagi Nabi sesudahku."
(Hadis riwayat Tirmizi, lihat Sahih Tirmizi juzuk 9, muka surat 63)


Ketiga:

Bersabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

"Akan keluar suatu kaum di akhir zaman, orang-orang muda berfahaman jelek. Mereka banyak mengucapkan perkataan "Khairil Bariyah" (Maksudnya dalil atau firman-firman Allah yang di bawa oleh nabi). Iman mereka tidak melampaui kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama sebagai meluncurnya anak panah dari busurnya.Kalau orang-orang ini berjumpa denganmu, lawanlah mereka."
(Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari, lihat kitab Fathul Bari juzu 15, mukasurat 315)

Terang dalam hadis ini bahawa akan ada -menurut Nabi- sekumpulan orang-orang muda yang gemar mengeluarkan fatwa-fatwa agama berdasar dalil Quran dan Hadis, tetapi keimanan mereka tipis sekali dan bahkan keimanan keluar dari dirinya secepat keluarnya anak panah dari busurnya.

Maksud nya ialah bahawa mereka banyak bercakap/berbincang dengan menggunakan dalil Al Quran dan Hadis tetapi mereka sendiri tidak beragama, tidak sembahyang, tidak puasa dan tidak menjalankan tuntutan agama.

Keempat:

Bersabda nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

" Ada 2 firqah dari umatku yang pada hakikatnya mereka tidak ada kaitan dengan Islam iaitu kaum Murjiah dan kaum Qadariah."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi. Lihat Sahih Tirmizi juzuk 8, muka surat 316)

Kaum Murjiah dan Qadariah tak ada hubungan dengan Islam, kata Nabi Muhammad SAW. Na'udzubillah!


Kelima:

Dan Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

" Dari Huzaifah r.a, belaiu berkata: Bersabda Rasul SAW: Bagi setiap umat ada Majusinya dan Majusi umatku ialah orang yang mengingkari takdir. kalau mereka mati, jangan dihadiri pemakamannya dan kalau mereka sakit, jangan dijenguk. Mereka adalah kelompok Dajjal. Memang Tuhan berhak memasukkan mereka ke dalam kelompok Dajjal."
(Hadis riwayat Abu Daud, Sunan Abu Daud Juz 4, halaman 222)

Keenam:

Tersebut dalam kitab Hadis begini:

Dari Abu Hurairah r.a beliau berkata, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Telah berfirqah-firqah orang Yahudi kepada 71 firqah dan orang Nasrani seperti itu pula dan akan berfirqah umatku atas 73 firqah."
(Hadis riwayat Tirmizi . Lihat Sahih Tirmizi Juzuk 10, muka surat 109)


Ketujuh:

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Bahawasanya bani Israel telah berfirqah sebanyak 72 firqah dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya akan masuk Neraka kecuali satu." Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya: "Siapakah yang satu itu Ya Rasulullah?" Nabi menjawab: " Yang satu itu ialah orang yang berpegang sebagai peganganku dan pegangan sahabat-sahabatku."
(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, lihat Sahih Tirmizi, juzuj 10, muka surat 109)


Kelapan:

Tersebut dalam Kitab Thabrani, bahawa Nbi SAW bersabda yang bermaksud:

" Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tangan-Nya , akan berpecah umatku sebanyak 73 firqah, yang satu masuk Syurga dan yang lain masuk Neraka." Bertanya para Sahabat: "Siapakah 9yang tidak masuk Neraka) itu Ya Rasulullah?" nabi menjawab: "Ahlussunnah wal Jamaah."
(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Thabrani)

Hadis yang sama ertinya tersebut juga dalam kitab "Al Milal wan Nihal" Juzuk 1 halaman 11, karangan Syahrastani (wafat 548H).

Kesembilan:

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

"Akan ada segolongan umatku yang tetap atas Kebenaran samapai Hari Kiamat dan mereka tetap atas Kebenaran itu."
(Hadis Sahih riwayat Bukhari, lihat Fathul Bari juzuk17, muka surat 56)


Melihat hadis-hadis yang sahih ini dapat diambil kesimpulan:

1. Rasul SAW mengkhabarkan sesuatu yang akan terjadi dalam lingkungan umat Islam secara mukjizat iaitu mengkhabarkan hal-hal yang akan terjadi. Khabar itu tentu baginda terima daripada Allah SWT.

2. Sesudah nabi SAW wafat akan ada perselisishan faham yang banyak samapai 73 faham/iktiqad.

3. Ada segolongan orang-orang muda pada akhir zaman yang selalu mengeluarkan dalil-dalil dari Al Quran, tetapi keimanan mereka tidak melepasi keronkong mereka.

4. Ada 2 golongan yang tidak ada kaitan dengan Islam iaitu kaum Murjiah dan Qadariah.

5. Ada 30 orang pembohong yang akan mendakwa bahawa mereka adalah Nabi, padahal Nabi sesudah Rasul SAW tidak ada lagi. Dan ada orang-orang Khawarij yang jahat.

6. Di antara 73 golongan itu ada yang satu yang benar iaiatu golongan kaum Ahlussunnah wal Jamaah yang selalu berpegang kepada Sunnah Nabi dan Sunnah Khalifah Ar Rasyidin.

7. Mereka ini akan selalu mempertahankan kebenaran iktiqadnya samapai hari Kiamat.

Dan sekarang barangsiapa yang menliti sejarah perkembangan Islam dari abad-abad pertama, kedua, ketiga dan samapai kepada zaman kita sekarang, apa yang disabdakan oleh nabi Muhammad SAW sudah nyata kebenarannya.

Tersebut dalam Kitab Bughyatul Mustarsyidin karangan Mufti Syeikh Sayid Abdurrahman bin Muhammad bin Husein bin Umar yang dimasyhurkan dengan gelaran Ba'Alawi pada muka surat 398, cetakan Mathba'ah Amin Abdul majid , Kaherah (1381H), bahawa 72 firqah yang sesat itu berpokok pada 7 firqah iaitu:

1. Kaum Siah, kaum yang berlebih-lebihan memuja Sayidina Ali kwh. Mereka tidak mengakui Khalifah-khalifah Abu Bakar, Umar dan Usman r.a. Kaum Syiah berpecah kepada 22 aliran.

2. Kaum Khawarij iaitu kaum yang berlebih-lebihan membenci Syidina Ali kwh, bahkan ada di antaranya yang mengkafirkan Sayidina Ali kwh. Firqah ini berfatwa bahawa orang yang membuat dosa besar menjadi kafir. Kaum Khawarij ini kemudiaian berpecah menjadi 20 aliran.

3. Kaum Muktazilah iaitu kaum yang berfaham bahawa Tuhan tidak mempunyai sifat, bahawa manusia membuat pekerjaannya sendiri, bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dengan mata dalam Syurga, bahawa orang yang mengerjakan dosa besar diletakkan di antara 2 tempat, dam mikraj nabi Muhammad SAW hanya dengan roh sahaja dan lain-lain. Kaum ini berpecah menjadi 20 aliran.

4. Kaum Murjiah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa membuat maksiat tidak memberi mudharat kalau sudah beriman, sebagai keadaannya membuat kebajikan tidak memberi manfaat kalau sudah kafir.

5. Kaum Najariah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa perbuatan manusia adalah makhluk yakni dijadikan Tuhan, tetapi mereka berpendapat bahawa sifat Tuhan tidak ada. Kaum ini berpecah menjadi 3 aliran.

6. Kaum jabariah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa manusia ini "majbur" ertinya tidak berdaya apa-apa. Kasab atau usaha tidak ada sama sekali. Kaum ini hanya 1 aliran.

7. Kaum Musyabbihah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa ada keserupaan Tuhan dengan manusia, umpamanya bertangan, berkaki, duduk atas Kursi, naik tangga, turun tangga dan lain-lainnya.
Kaum ini hanya 1 aliran sahaja.

Jadi jumlahnya adalah:

1. Kaum Syiah 22 aliran
2.Kaum Khawarij 20 aliran
3.Kaum Muktazilah 20 aliran
4.Kaum Murjiah 5 aliran
5.Kaum Najariah 3 aliran
6.Kaum Jabariah 1 aliran
7.Kaum Musyabihah 1 aliran

Jumlah 72 aliran.

Kalau ditambah dengan 1 aliran lagi dengan faham Ahlussunnah wal Jamaah maka cukluplah 73 firqah, sebagai yang diterangkan oleh nabi Muhammad SAW dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi.

Demikian kitab Bugyatul Mustarsyidin.

Adapun kaum Qadariah termasuk golongan Muktazilah, Kaum Bahaiah dan Ahmadiah Qadiani masuk gomongan kaum Syiah, kaum Ibnu Taimiyah termasuk dalam golongan kaum Musyabbihah dan kaum Wahabi termasuk kaum pelaksana dari kaum Ibnu Taimiyah.